Cegah penyakit pneumokokal demi kelangsungan ibadah dan keselamatan semua1

Sila tanya doktor anda tentang vaksin pneumokokal hari ini untuk mencapai perjalanan yang sihat, selamat dan bermanfaat

TAHUKAH ANDA?

Penyakit pneumokokal ialah antara penyebab utama kemasukan ke hospital di kalangan jemaah1

Selain kemasukan ke hospital dan gangguan semasa menunaikan ibadah, jangkitan pneumokokal boleh tersebar ke ahli keluarga dan orang tersayang seperti bayi dan warga emas yang mungkin ada sistem imun yang lemah2.

SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO?

Jangkitan saluran perkumuhan seperti penyakit pneumokokal amat membimbangkan sebab keadaan sesak di dalam ruang terhad meningkatkan dan menguatkan potensi jangkitan penyakit di kalangan jemaah1, terutamanya golongan berisiko seperti:
  • Kanak-kanak2
  • Warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas3
  • Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit paru-paru obstruktif kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) atau COPD, asma, penyakit jantung dan kencing manis​3
  • Mereka yang merokok3

Penyakit pneumokokal disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae

Vaksin pneumokokal boleh melindungi kita daripada komplikasi penyakit dan risiko maut

BAGAIMANA KITA BOLEH MENCEGAH PENYAKIT PNEUMOKOKAL?

Pemvaksinan disarankan kepada jemaah demi mencegah penyakit pneumokokal5
Vaksin pneumokokal penting bagi melindungi jemaah melalui langkah-langkah pencegahan yang mungkin membantu mereka mencapai perjalanan yang sihat, selamat dan bermanfaat, selain mematuhi semua arahan pihak berkuasa seperti mengamalkan penjarakan sosial sesama jemaah
Vaksin adalah satu-satunya cara, ataupun pilihan yang ada untuk melindungi kita dan keluarga tersayang pada setiap tahap kehidupan daripada penyakit berjangkit seperti pneumokokal6

Tontonlah video ini tentang kisah Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menunaikan ibadah bersama keluarganya dan mesej beliau kepada semua jemaah

Ketahui lebih lanjut...

Pneumokokal VS Meningokokal

Mari kita kenali perbezaan antara penyakit pneumokokal dan penyakit meningokokal

Perkongsian Pn Rozila, jururawat di Arab Saudi

Dengarlah perkongsian Pn Rozila tentang siapakah yang lebih berisiko mendapat penyakit pneumokokal

Simptom & komplikasi penyakit pneumokokal

Ketahui simptom & komplikasi penyakit pneumokokal. Lindungilah diri dan keluarga tersayang!

Mitos VS Fakta

Mari kita lihat sebahagian mitos yang sering ada tentang pemvaksinan pneumokokal dan apakah fakta di sebalik mitos tersebut

Rujukan:
1) Jaffar A Al-Tawfiq & Ziad A Memish (2016) Prevention of pneumococcal infections during mass gathering, Human Vaccines & Immunotherapeutics, 12:2, 326-330, Capaian terakhir: 19 May 2022. Capaian terakhir: DOI: 10.1080/21645515.2015.1058456 2) National University Hospital. Pneumococcal Disease (Children). Capaian terakhir: 19 May 2022. Diambil daripada: https://www.nuh.com.sg/Health-Information/Diseases-Conditions/Pages/Pneumococcal-Disease-(Children).aspx 3) Prevent Pneumonia. Am I At Risk? Capaian terakhir: 19 May 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/ 4) Hellodoktor. Keperluan Vaksin Pneumokokkal Dalam Kalangan Warga Tua. Capaian terakhir: 19 May 2022. Retrieved from: https://hellodoktor.com/penjagaan-warga-emas/minda/keperluan-vaksin-pneumokokkal-dalam-kalangan-warga-tua/​ 5) Tabung Haji. Pre-Operation Of The Hajj Season 1442H/2021M. Last Accessed: 26 August 2021. Retrieved from: https://www.tabunghaji.gov.my/en/hajj/faq/pre-operation-hajj-season-1442h2021m 6) World Health Organization Europe. Vaccination protects health at every stage of life. Last accessed: 5 Nov 2021. Retrieved from: https://www.euro.who.int/en/health-topics/disease-prevention/vaccines-and-immunization/news/news/2017/04/vaccination-protects-health-at-every-stage-of-life

Disampaikan oleh

Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd 197801003134 (40131-T)
Level 10 & 11, Wisma Averis (Tower 2), Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2281 6000 Fax: 603-2281 6388

PP-PRV-MYS-0094-19MAY2022
This website content is issued by BUMITRA Malaysia & Pfizer Malaysia in public interest. All information and materials on this website are solely for educational purposes only. It is not intended to substitute professional medical advice, diagnosis, or treatment. Always consult your doctor or other qualified healthcare providers for medical advice or information about diagnosis and treatment. The use of this website does not create an express or implied physician-patient relationship. While due care and caution have been taken to ensure that the content here is free from mistakes or omissions, Pfizer Malaysia makes no representations or warranties of any kind, expressed or implied, as to the accuracy, completeness, or adequacy of its contents. You agree that neither Pfizer Malaysia nor any party is or will be liable for any damages, adverse events, and personal liability arising from any decision you make, or any action taken or not taken due to your use of information presented on this website. All images used on this website are for representation purposes only.